Isu-Isu

PENDIDIKAN ISLAM DI PERINGKAT USIA KANAK-KANAK



Pada zaman era globalisasi ini, ibu bapa sering lupa untuk mendidik anak-anak mereka dengan ajaran Islam sejak dari kecil. Hal ini sangat-sangat menghiraukan kerana jika anak-anak mereka tidak dididik sejak kecil, ia boleh memberikan impak yang besar apabila anak-anak mereka meningkat dewasa. Tapi, bagaimana hal ini boleh terjadi???
Adakah ibu bapa itu sendiri tidak mengikut ajaran Islam yang sebenar ataukah mereka Islam sekadar atas nama sahaja?


Isu ini ditimbulkan kerana pendidikan Islam di peringkat usia kanak-kanak sangat penting kerana anak-anak inilah yang akan menjadi aset penting bagi pembinaan sesuatu bangsa dan ketinggian maruah agama. Mereka adalah generasi pewaris yang bakal menjana wawasan dan mencorak masa depan sesebuah negara pada alaf yang akan datang. Mereka bakal menjadi pemimpin ummah dan mencorak keunggulan Islam sebagai agama sejagat.


Menurut Ibn Sina dalam Fatimah Ali (1989), pada peringkat umur dari usia dilahirkan hingga ke enam tahun itu amat kritikal. Dalam jangka usia ini, kanak-kanak mestilah ditekankan kepada pembentukan disiplin. Maka itulah sebabnya Ibn Sina mahukan ibu khususnya, sebagai guru pertama kepada kanak-kanak mempunyai sifat moral yang sempurna serta intelektual yang tinggi dari kacamata Islam. Hal ini kerana sifat dan kekuatan mental (intelektual) serta spiritual ibu bapa itu sendiri sudah mempunyai pengaruh yang kuat ke atas perkembangan sahsiah kanak-kanak. Pembentukan disiplin kanak-kanak bermula sejak tahap penyusuan. Di sinilah langkah pertama untuk kanak-kanak mempelajari sopan-santun yang baik.


Tambahan pula, pendidikan keluarga Islam merupakan satu saranan dalam pendidikan Islam. Pengertian pendidikan keluarga Islam tidak terbatas pada ruang lingkup mendidik anak sejak dalam kandungan sampai masa sekolah, malah pendidikan keluarga Islam mencakupi mulai masa bayi dalam kandungan hingga anak itu dewasa dan berkeluarga. Suasana pendidikan keluarga Islam ini adalah untuk melahirkan seorang anak yang soleh (cAbdul Qadir Djaelani 2001) sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w.:
Maksudnya:


Daripada ِAbi Hurairah r.a. bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: Apabila mati anak Adam (manusia), maka terputuslah semua amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang bermanfaat dan anak yang soleh.


Berdasarkan sabda Junjungan Nabi Muhammad s.a.w. tersebut, Rasulullah sendiri telah mencerminkan betapa pentingnya didikan yang wajib ditekan ke atas anak-anak di peringkat bayi sehingga baligh dan seterusnya ke peringkat remaja supaya mereka dapat menjadi anak yang soleh kepada kedua ibu bapa dan berpegang teguh kepada ajaran Islam.


Secara kesimpulannya, setiap ibu bapa mempunyai peranan dan tanggungjawab yang sangat berat dalam mendidik anak-anak mereka di peringkat kanak-kanak. Hal ini kerana kanak-kanak di peringkat awal umur tidak dapat membezakan perkara yang baik dan yang buruk serta mereka perlu dibentuk dan dididik sejak dari awal. Barat dan Islam mempunyai perspektif yang sama dalam hal ini. Apa yang membezakan ialah Islam menekankan pembentukan sahsiah seseorang kanak-kanak bukan hanya kelakuan fizikalnya tetapi pemantapan akhlak perlu diterapkan seiring dengan penerapan keimanan di dalam roh dan jiwanya. Kalau sesuatu informasi yang diterima oleh seseorang kanak-kanak itu hanya di aras pengetahuan tanpa adanya penyemaian aqidah dan pemantapan akhlak, akibatnya generasi yang dihasilkan mungkin bijaksana dan tinggi tahap perkembangan inteleknya tetapi dari aspek-aspek yang lain ia pincang dan tiada keseimbangannya. 


Sekian... 


p/s: Harap dapat berikan sedikit ulasan tentang isu ini. Terima kasih. :)

10 comments:

Anonymous said...

pendidikan awal kanak2 sangat penting,persekitaran yang positif akan menjadikan kanak2 membesar dengan baik. Ibu bapa perlu memupuk diri mencintai dan mendahulukan akhirat anak mereka berbanding dunia mereka.

Syaida Syukriah said...

Kanak-kanak ibarat kertas putih. Sekiranya jatuh ke tangan seorang pelukis,maka tercoraklah pelbagai hasil seni yang boleh memukau jiwa. Sekiranya jatuh ke tangan seorang penyajak, maka sajak indah akan tercoret di atasnya dan boleh memukaukan sesiapa sahaja. Sekiranya jatuh ke tangan seorang penagih dadah, maka kertas tadi dibuat lapik tidur, dikoyak, diramas dan dibuang begitu saja. Begitulah peranan ibubapa kepada seorang anak. Sekiranya baik didikan yang di berikan, insya-Allah anak tadi akan dapat membesar dengan sepatutnya dan begitu juga sebaliknya. Islam amat menggalakkan pendidikan awal di mana kanak-kanak masih dalam proses belajar dan mudah dilenturkan.Sekian, wallahualam...

nurul nadia said...

Saya bersetuju dengan apa yang penulis cuba sampaikan. Cara yang terbaik untuk mendidik anak adalah bermula sejak dari bayi lagi. Bak kata pepatah 'melentur buluh biarlah dari rebungnya'. Anak-anak kecil memang mudah dilentur. Justeru, untuk membentuk anak-anak yang baik peribadinya dan tingkahlakunya adalah sejak dari kecil lagi. Moga-mogahan ibu bapa zaman sekarang ini semakin sedar tanggungjawab mereka untuk menyampaikan ajaran Islam kepada anak-anak.

NAMA : NURUL NADIA BT MOHAMED NOOR
NO. MATRIK : A 134147

kimiakira said...

assalamualaikum...saya amat bersetuju dengan penulis.Pendidikan agama merupakan teras dalam setiap pendidikan.Maka ia perlu ditekan dengan lebih tetapi malangnya kerajaan kita ambil sikap sambil lewa dalam pendidikan agama ini. Ini kerana ia adalah nadi sebagai umat islam. Walaubagaimanapun, ibubapa perlu memainkan peranan dalam mendidik anak-anak. Kita bukan hanya mahukan anak kita berjaya di dunia malah mahu berjaya di akhirat dengan cemerlang...

sekian, wallahualam

Nama:muhammad kamal bin kamarudin
No Matrik: A132733

kasih di hati said...
This comment has been removed by the author.
kasih di hati said...

Assalamualaikum, saya sangat bersetuju dengan pendapat saudari. pendidikan agama Islam ini amatlah penting bagi hidup kita dan perlulah didedahkan lagi sejak kanak-kanak. kanak-kanak masih lagi bersih dari dosa dan apabila mereka faham dan mengamalkan ajaran Islam sejak kecil lagi, apabila mereka dewasa mereka akan menjadi seorang muslim yang sebetulnya dan budi bahasa mereka terjaga.

norsatarunisya hanapi
A134221

Atiqah Xd said...

Ibubapa memainkan peranan yang penting dalam membentuk dan mendidik anak-anak mereka sejak kecil. Pendidikan agama seharusnya tidak dipandang enteng kerana ianya bakal menentukan keperibadian individu terbabit. Oleh sebab itu, betullah apa yang penulis cuba sampaikan disini.

Nama : Nurul Atiqah Binti Pauzi
No matrik : A134021

Ahmad Afiq said...
This comment has been removed by the author.
Ahmad Afiq said...

Salam satu GGGE2123,

Saya sependapat dengan apa yang diutarakan oleh saudari ini. Bak kata pepatah, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Suka saya menggunakan peribahasa ini adalah kerana makna rebung itu sendiri. Tetapi, tahukah kamu apa itu rebung? Rebung merupakan anak buluh yang masih lembut (rujuk kamus dewan). Dan dalam konteks kehidupan manusia, rebung itu boleh kita analogikan sebagai zaman kanak-kanak.

Sebagaimana yang kita ketahui,sifat sesuatu benda yang lembut amat mudah dibentuk tanpa perlu menggunakan tenaga yang banyak. Sebagaimana lembutnya rebung itu, begitulah juga sifat kanak-kanak. Pada usia yang muda ini, mereka amat mudah dibentuk atau dilentur mengikut acuan orang yang mendidiknya. Jika bagus pendidiknya, maka cemerlanglah kanak-kanak tersebut. Pendidik di sini ditujukan kepada golongan ibu bapa. Jika daripada kecil, anak ini telah terdidik untuk tidak solat, apakah kamu fikir bila dewasa kelak mereka ini akan mudah menunaikan kewajipan solat seperti yang telah disyariatkan? Tepuk dada, tanya minda.

Oleh sebab itu didikan agama ini perlu diterapkan dari awal-awal lagi. Jangan tunggu esok, lusa mahupun tulat, tetapi laksanakan sekarang bagi mereka yang mempunyai ana-anak kecil. Bagi yang belum, boleh cuba-cuba untuk membaiki kelemahan diri sendiri sebelum melangkah ke alam perkahwinan, kerana pintu untuk berubah itu tidak pernah tertutup, melainkan kita yang menutupnya.

Nama :Ahmad Afiq Bin Khalil
No. matrik:A135374

gdameh said...

saya setuju...seharusnya pendidikan islam diterapkan dari kanak-kanak lagi. hal ini berikutan banyak gejala sosial yang berlaku melibatkan remaja. mereka tidak diberi pendedahan agama sejak kecik lagi. seperti pepatah melayu "melentur buluh biarlah dari rebungnya"

Aziatul Azida Binti Meh
A133096