Thursday, May 3, 2012

Teknologi dan Inovasi dalam Pendidikan

Apakah yang dimaksudkan dengan inovasi? 


Kebanyakan kamus memberi makna inovasi sebagai pembaharuan atau perubahan.


Menurut Ronger E. Miller (1971) inovasi merupakan idea, amalan atau objek yang di anggap baru oleh seseorang.


Spencer (1994) menjelaskan inovasi ialah sesuatu yang dianggap baru dan lebih baik daripada yang lama oleh seseorang individu.


Glosari Teknologi Pendidikan (1995) pula merujuk inovasi sebagai idea, konsep atau strategi baru yang boleh mempertingkatkan sesuatu amalan.


ACEID (1977) pula menyatakan bahawa inovasi ialah an effort to introduce a practice in order to bring about a social change. The practice need not be totally new, its efficiency and potentially in a new context are the main criteria used in labelling it as innovation. The emphasis is on change in terms of providing a strategy to deal with a specific local or national problem.


Sufean Hussin (2001) dalam kertas kerjanya pada Seminar Dasar dan Pengurusan Pendidikan menyatakan inovasi bermaksud pembaharuan, modifikasi, atau membaiki idea, benda, ilmu dan ciptaan seni budaya tamadun dengan tujuan memenuhi fungsi-fungsi tertentu atau memenuhi cita rasa tertentu atau memenuhi pasaran tertentu.


Zaltman et. al (1973) menyatakan inovasi ialah idea, latihan atau bahan artifak yang kelihatan baru pada unit yang menggunakannya.


Oldham dan Cuming (1996) pula menyatakan inovasi ialah kejayaan aplikasi pertama pada sesuatu produk atau proses.


Damapour (1991) menyatakan inovasi sebagai mengenerasi perkembangan dan penggunaan idea baru pada organisasi.


Daripada pengertian di atas dapatlah disimpulkan bahawa secara mudah inovasi boleh diterangkan sebagai:-
• Merupakan penghasilan baru
• Berdasarkan proses penyusunan semula
• Dengan menggunakan unsur yang sedia ada
• Terjelma sebagai unik, memudahkan dan bernilai

Saturday, December 6, 2008

Siapakah golongan manusia yang memiliki sifat (EGO) & (DEGIL)??


✿•¸.•´¯✿•¸✿•¸.•´¯✿•¸✿•¸.•´¯✿•¸✿•¸.•´¯✿•¸✿•¸.•´¯✿•¸


Sapekah golongan manusia yg memiliki sifat (EGO) & (DEGIL)??

zmn skrng nie, ade 1 perkataan yg org susah sgt nk ckp---> (MAAF)
manusia skrng dh x takut & x gelisah apabila melakukan (kesalahan)
mereka apabila ditegur ttg kesalahn yg dilakukn, mereka akan ckp:
- "peduli ape aku!!"
- "ko siapa nk nasihat2 aku!!"
- "biarlah!!"
- "pegi mampos laa!!"
- "haa, apahal??"

✿•¸.•´¯✿•¸✿•¸.•´¯✿•¸✿•¸.•´¯✿•¸✿•¸.•´¯✿•¸✿•¸.•´¯✿•¸

dgn org2 yg begini, kita JANGAN melawan.. ---> (API vs API)
kita cube utk senyum & gunakan ilmu psychology.. jd ---> (AIR)
tp jgn jd air yg tenang, jd air yg mampu memberi kesan kpd (HATI)
teruskn menasihati & mencegah kemungkaran.. jadi seperti: (TSUNAMI vs API)
sbb, (tsunami) itu jrg brlaku.. ianya sentiasa sabar di dlm memberi (peringatan).. akan tetapi, apabila manusia itu senantiasa ingkar & berdegil.. kemarahan & keberanian (tsunami) itu akan muncul lebih dasyat dr (api) yg hanya menyala dlm masa yg singkat.. krn (air) mampu utk memadamkn api..
tp, di dlm memberi peringatan dan menasihati golongan2 manusia yg ade sifat (DEGIL & EGO).. yg x mahu mengaku kesilapan & dosa yg dilakukan.. ingat, jgn hanya jd (AIR).. tp, jadilah seperti (TSUNAMI) yg akan memberikn (impact) kesan ke dlm hati dan ingatan manusia.. teruskan berdaqwah dan mencegah kemungkaran.. di samping memperbaiki diri sendiri...
"don't afraid in giving an advice, be brave.. bcoz good things take time"

✿•¸.•´¯✿•¸✿•¸.•´¯✿•¸✿•¸.•´¯✿•¸✿•¸.•´¯✿•¸✿•¸.•´¯✿•¸

"Sesungguhnya barangsiapa yang mencari redha Allah dengan marahnya manusia, maka Allah akan cukupkan baginya akan segala keperluannya di dunia ini.. Akan tetapi, barangsiapa yang mencari redha manusia dalam keadaan Allah murka, maka Allah menyerahkan nasibnya kepada manusia.."

✿•¸.•´¯✿•¸✿•¸.•´¯✿•¸✿•¸.•´¯✿•¸✿•¸.•´¯✿•¸✿•¸.•´¯✿•¸